Kumpulan Hadist Part 1

1. Contoh Pemimpin Yang Baik

Hadis dan uraian
Riwayat:  al-Bukhari
 
Daripada  Aswad bin Yazid katanya, ditanyakan kepada Aisyah RA, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW dirumahnya?” Aisyah menjawab “Beliau membuat tugas keluarganya, yaitu membantu kerja keluarganya, lalu apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk bersembahyang.”

Uraian:

1. Seorang suami digalakkan membantu kerja-kerja dalam rumah tangga disamping tidak mengabaikan ibadat dan peranan di dalam masyarakat termasuk sholat jemaah di awal waktunya.

2. Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggung jawab terhadap rumah tangga dan negara.

2. Menahan Diri Menghadapi Perkara Yang Menyakitkan Hati

Hadis dan uraian
Riwayat:  Muslim
 
Daripada  Abu Hurairah RA bahwasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang aku hubungi mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepada aku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi bertindak jahat terhadapku”. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau suapkan mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada dalam keadaan yang demikian itu.”


Uraian:

1. Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan senjata atau benteng kepada seseorang di dalam menghadapi hidup di dunia ini dan menjadi pengukur darjat keimanan seseorang.

2. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang yang suka berbuat sesuatu yang menyakitkan hati, sebaliknya perbuatan mereka itu akan menambahkan lagi dosa mereka sendiri.

3. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa dalam kebenaran dan teraniaya.

4. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

5. Islam menghendaki umatnya sentiasa berbuat baik walaupun terhadap orang yang bertindak jahat dengan harapan dia akan insaf dan meninggalkan sikap buruknya.

3. Larangan Bersifat Bakhil

Hadis dan uraian
Riwayat:  Muslim
 
Daripada  Jabir RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya kezaliman akan membawa kegelapan pada hari kiamat dan takutkanlah kamu daripada bersifat bakhil kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membinasakan umat-umat yang sebelum kamu, sifat bakhil mendorong mereka pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram.”

Uraian:

1. Umat Islam dikehendaki bersifat pemurah serta berbelanja secara sederhana dan menjauhkan diri daripada bersifat bakhil.

2. Kezaliman adalah antara dosa besar, orang yang melakukan kezaliman di dunia sama ada kepada diri sendiri atau orang lain akan mendapat pembalasan yang setimpal daripada Allah pada hari kiamat.

3.  Sifat kedekut atau bakhil boleh mendorong manusia bersengketa dan berbunuhan sesama sendiri serta menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. 

4. Kesempurnaan Iman

Hadis dan uraian
Riwayat:  Bukhari dan Muslim
 
Daripada  Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Agama Islam itu dibina di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah rasul dan pesuruh Allah, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Makkah al-Mukarramah dan berpuasa pada bulan ramadhan”.

Uraian: 

1.Agama Islam ditegakkan di atas lima rukun yang paling penting yaitu:

   i.Mengucap dua kalimah syahadah

  ii.Menunaikan sholat fardhu lima waktu

 iii.Berpuasa pada bulan Ramadhan

 v.Memberi zakat (zakat fitrah, harta, tanaman dan lain-lain)

 v.Menunaikan haji ke Baitul Allah sekali seumur hidup

2.    Kesempurnaan iman seseorang Islam dapat di ukur dengan kesempurnaan mereka menunaikan semua kewajipan yang fardhu dan ditambah pula dengan yang sunat.

3.    Orang yang mengingkari salah satu rukun ini jadi kafir dan orang yang memandang remeh atau bermudah-mudah jadi fasiq. 

5. Malu : Contoh Sifat Rasulullah SAW

Hadis dan uraian
Riwayat:  al-Bukhari dan Muslim
 
Daripada  Abu Said al-Khudri RA katanya, “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu mengatasi malunya seorang perawan di dalam bilik tidur bersama suaminya yang belum dikenalinya, apabila Baginda melihat sesuatu yang dibenci kami akan nampak muka Baginda berubah”.

Uraian:

1.Rasulullah SAW adalah contoh yang wajib diikuti oleh umatnya, kerana perbuatan, perkataan dan pengakuannya merupakan perkara yang dianjurkan oleh Islam.

2.Setiap para nabi dan rasul yang diutuskan Allah adalah untuk melaksanakan kebaikan dan memerangi kemungkaran.

3.Malu adalah sifat wanita yang asli. Kurangnya sifat malu pada golongan ini menunjukkan kiamat hampir berlaku. 

(DISCLAIMER : POSTINGAN INI DI UPLOAD TAHUN 2015 DAN DI EDIT KEMBALI PADA TAHUN 2022)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

15 Hadits Pendek Yang Mudah Dihafal

Mari Bahas Game : CSGO ala STEAM

Mari Bahas Game : Valorant